Selasa, 5 Januari 2010

USAHA MENDEKATI GOLONGAN MUDA ( Li taqrib as syabab…)

Golongan muda atau belia merupakan golongan yang memainkan peranan penting dalam sesebuah negara. Ini kerana golongan muda mempunyai kapasiti tenaga kerja yang optimum dan mampu menghasilkan pencapaian yang menakjubkan. Penghasilan kerja daripada golongan muda mampu memberi impak positif kepada sesebuah persatuan, institusi mahu pun pentadbiran negara. Penglibatan golongan muda amatlah diperlukan bagi mana mana bidang kerana mereka merupakan pengganti atau pelapis untuk menjadi peneraju masa hadapan.

Era ini, golongan muda kian hanyut dengan kemajuan dunia samada menerusi hiburan ataupun teknologi. Hal yang demikian menyebabkan timbulnya masalah sosial yang berleluasa sehingga ianya tidak mampu lagi di kawal oleh ibu bapa terutamanya. Perkara ini mungkin disebabkan pendedahan kepada hiburan yang melampau atau penggunaan kecanggihan teknologi di saluran yang salah. Golongan muda yang tidak dididik atau di tarbiyyah dengan sempurna juga merupakan punca mereka mudah hanyut.

Golongan muda perlu dibimbing bagi membolehkan mereka mengasah kemampuan mereka di jalan yang betul. Pendekatan kepada golongan muda perlu dijalankan bagi melahirkan golongan yang berkaliber dan berwibawa. Ibu bapa, guru dan masyarakat sekeliling perlu bekerjasama bagi membimbing dan memimpin golongan muda ini supaya mereka tidak mudah terpedaya dgn ikutan hawa nafsu terhadap dunia semata sehingga mengabaikan akhirat. Oleh kerana mereka yang terpedaya dengan tipuan dunialah ramai di kalangan belia rosak akhlak dan akidah.

Faktor utama yang menyebabkan golongan muda mudah terlibat dgn kancah yang tidak sihat adalah terlalu mengikut hawa nafsu. Penyakit mengikut hawa nafsu adalah berbahaya kepada diri sepertimana yang termaktub dalam Al Quran:

“Janganlah engkau mengikut hawa nafsu hingga menyesatkanmu dari jalan Allah.”

(Surah Sad:26)

Golongan muda adalah golongan yang tidak mempunyai sikap yang matang yang sering kali tersalah memberi penilaian atau tafsiran bagi sesuatu perkara kerana mereka tidak mempunyai pengalaman. Oleh hal yang demikian mereka perlu dibimbing dan dididik bagi menolong mereka supaya memilih jalan yang betul dan tinggalkan jalan yang salah. Golongan muda merupakan golongan yang mudah mengikut tunjuk ajar dan senang untuk dibentuk. Apabila mereka sudah dewasa, mereka sukar untuk diberi tunjuk ajar mungkin kerana ego yang menebal dalam diri. Oleh itu, tunjuk ajar dan didikan perlulah diberi ketika mereka masih muda. Bak kata pepatah.. melentur buluh biarlah dari rebungnya…

Tiada ulasan: