Muhasabah bermaksud perbuatan menilai, meninjau perasaan berkaitan fikiran, pendirian, tindakan dan sebagainya terhadap diri sendiri.Bermuhasabah pula membawa maksud membuat penilaian terhadap diri sendiri agar kita dapat mengukur pencapaian diri. Kita juga dianjurkan untuk bermuhasabah terhadap organisasi, gerakkerja yang dilakukan serta apa jua perkara yang berkaitan dengan kehidupan seperti rumahtangga, kerjaya dan lain-lain. Kini kita di awal tahun baru Hijriah 1431dan di penghujung tahun Masihi 2009, maka amat sesuailah
Sabda Rasulullah SAW:
الكيس من دان نفسه وعمل لما بعد الموت , والأحمق من اتبع نفسه هواها و وتمنى على الله الامانى
“Orang yang bijak ialah orang yang selalu memperhitungkan dirinya dan ia suka beramal untuk bekalan sesudah mati, sedangkan orang bodoh ialah orang yang selalu mengikut hawa nafsunya dan hanya banyak berangan-angan kepada Allah (berangan-angan untuk mendapatkan kebahagiaan di akhirat dan pengampunan tetapi ia tidak mahu beramal atau bertaubat)” –riwayat At Tirmizi
Saidina Umar mengingatkan:
حاسبوا انفسكم قبل ان تحاسبوا , وزنوها قبل ان توزنوا , وتزينوا للعرض الأكبر يوم لا تخفى منكم
خافية
“Hisablah dirimu di dunia sebelum kamu dihisabkan (di hadapan Allah di hari akhirat), timbanglah amalanmu sebelum ianya ditimbang pada hari qiamat dan berhiaslah untuk hari pendedahan yang besar, hari yang tidak akan tersembunyi darimu sesuatupun.” –risalah Al Mustarsyidin
Tiada ulasan:
Catat Ulasan