Sabtu, 16 Januari 2010

Pengorbanan Kita?



Pengorbanan membawa maksud perihal mengorbankan.

Di dalam perjuangan menegakkan Islam, para ulamak telah memberikan berbagai takrifan korban antaranya, Imam As Shahid Hasan Al-Banna berkata: “Apa yang aku maksudkan dengan pengorbanan ialah berkorban jiwa, harta, masa, kehidupan dan segalanya untuk mencapai matlamat. Tiada jihad di dunia tanpa pengorbanan dan tidak akan lenyap pengorbanan demi memperjuangkan fikrah kita, bahkan ada ganjaran besar dan pahalanya. Sesiapa yang duduk enggan berkorban bersama kami mereka telah berdosa”.

Pengorbanan merupakan syarat penting untuk kejayaan umat. Buktinya, keagungan Islam adalah buah dari pengorbanan Rasulullah SAW dan para sahabat. Dan kita warisi agama Islam hingga kini merupakan kesinambungan atau penerusan golongan yang merelakan diri mereka terkorban dalam memikul amanah Allah SWT.


Pensyariatan pengorbanan untuk menegakkan Islam pula berdasarkan firman Allah:

ان الله اشترى من المؤمنين أنفسهم وأموالهم بأن لهم الجنة, يقتلون فى سبيل الله فيقتلون ويقتلون, وعدا عليه حقا.....

“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar…. (At Taubah ayat 111).


Jelaslah wahai sahabat-sahabat pemuda, bukan kecil besar kuantiti sesuatu, tetapi berat penanggungan dalam pengorbanan itu yang menjadi nilai. Contohnya, RM 1000 bagi seorang yang kaya tidak membebankan dirinya andai diinfaqkan RM 10.00. Berbanding orang yang memiliki hanya RM 10.00, jika dikorbankan dalam apa nilai pun, pasti bakinya tetap sedikit, bahkan menjadi lebih kecil nilai ringgitnya. Namun nilai di sisi Allah amat besar.

Tiada ulasan: