Assalamualaikum, Salam perjuangan & salam pengorbanan..
Alhamdulillah, kita kini berada di bulan Rejab. Bulan yang mencatatkan suatu peristiwa penting dimana pada tanggal 27 Rejab tahun ke-11 selepas kenabian Rasulullah s.a.w. telah berlaku peristiwa Isra’ dan Mikraj dimana ia merupakan satu bukti tentang kebesaran, kekuasaan dan kehebatan Allah s.w.t. dalam memperjalankan diri Rasulullah s.a.w. dari Masjidil Haram, Mekah ke Masjidil Aqsa, Baitul Maqdis di Palastin dan seterusnya nabi s.a.w. diangkat ke langit untuk bertemu dengan Allah.
Peristiwa ini menguji tentang keimanan dan keyakinan umat Islam terhadap kekuasaan Allah serta bukti kebenaran kenabian nabi Muhammad s.a.w., kerana bagi pandangan orang-orang yang tidak beriman atau tipis imannya mereka menyatakan bahawa peristiwa Isra’ dan Mikraj tidak mungkin akan berlaku dan tidak mempercayainya. Tetapi bagi orang-orang yang benar-benar beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, mereka tetap percaya dengan penuh keimanan dan keyakinan serta memperakukan kebenaran peristiwa tersebut seperti yang dilakukan oleh Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq dalam mempercayai Allah dan Rasul-Nya.
Peristiwa ini berlaku 2 tahun sebelum hijrah Baginda ke Madinah. Walaupun sentiasa mendapat tentangan serta penganyaian dari kaumnya. Baginda tetap bersabar dan tabah menghadapinya, baginda tidak bertindak balas terhadap penganyaian tersebut, malahan baginda mendoakan kaumnya agar sentiasa diberi petunjuk oleh Allah.
Justeru, kita hendaklah menghayati peristiwa penting ini dengan menjadikan pengajaran sebagai panduan dalam menjalani kehidupan sebagai muslim yang tegoh berpegang dengan perinsip-perinsip Islam yang digambarkan melalui peristiwa tersebut. Maka bagi umat Islam meyakini berlakunya peristiwa Isra’ dan Mikraj pada diri Rasulullah s.a.w. itu hukumnya adalah wajib tidak boleh diragukan sama sekali kerana nasnya disebut di dalam al-Quran secara jelas.
Para Ulama’ Hadis, Ulama’ Fekah dan Ulama Tafsir sepakat menegaskan bahawa sesungguhnya peristiwa Isra dan Mikraj itu dimana kedua-duanya berlaku dalam satu malam dan dalam keadaan diri baginda sedar berserta dengan jasad dan roh bukannya melalui roh sahaja. Demikianlah peristiwa Isra’ dan Mikraj yang merupakan satu ujian dalam proses pemisahan antara orang yang benar-benar beriman atau mereka yang tipis imannya dan yang kufur ingkar terhadap Allah dan Rasul-Nya. Peristiwa ini juga memperlihatkan ramai yang sebelumnya menyatakan keimanan kepada rasul telah menjadi murtad setelah mendengar penjelasan Baginda tentang peristiwa Isra’ dan Mikraj ini.
Sepanjang perjalanan Isra’ dan Mikraj baginda telah menyaksikan beberapa gambaran perilaku umat manusia sama ada yang telah berlaku dan yang akan berlaku. Dan ini merupakan suatu mukjizat yang dikurniakan Allah kepada baginda. Dan diantara salah satu peristiwa yang wajar kita sama-sama mengambil pengajaran ialah baginda mendengar dua panggilan dari kiri dan kanan, tetapi baginda tidak menyahut panggilan tersebut lalu dijelaskan oleh Malaikat Jibril a.s. sekiranya baginda menyahut panggilan tersebut, maka ramailah dikalangan umatnya menjadi murtad atau menjadi sesat. Kerana kedua-dua panggilan tersebut merupakan panggilan dari pihak Yahudi dan Kristian.
Disini kita dapat melihat betapa bijaksananya baginda apabila berhadapan dengan panggilan tersebut, kerana baginda tidak mahu umatnya diseleweng dan ditipu oleh ke dua-dua golongan tersebut. Tetapi malangnya hari ini, kita telah menyaksikan kekejaman golongan Yahudi terhadap umat Islam di Bumi Palestin dan serata dunia. Di mana, mereka setiap saat diburu, dibom dan dibunuh dengan kejam oleh Yahudi. Perbuatan tersebut dilakukan terhadap umat Islam adalah bertujuan bukan sekadar untuk memaksa Islam tunduk dan ikut kemahuan mereka tetapi sebenarnya mereka mahu membunuh umat Islam dan menghancurkan agama Islam. Inilah cita-cita mereka, kerana mereka tidak akan senang selagi mana mereka melihat adanya umat Islam dan agama Islam.
Akhirnya, melalui peristiwa Isra’ dan Mikraj kita dapat hayati beberapa hikmah dan pengajaran yang terkandung didalamnya, yang dapat kita jadikan pengajaran :
*Allah s.w.t. ingin memperlihatkan kebesaran-Nya sebagai pencipta agar keyakinan dan keimanan terhadap kekuasaanNya benar-benar tumbuh di jiwa manusia.
*Agar sentiasa menjalin hubungan dengan Allah, baik diwaktu senang mahupun diwaktu ditimpa musibah, kerana Allah sahajalah yang mampu memberi pertolongan kepada diri manusia.
*Sebagai membuktikan sesuatu perkara yang mustahil pada fikiran manusia boleh berlaku tetapi bukan mustahil bagi Allah untuk menjadikanya. Disamping ianya merupakan suatu mukjizat bukti tentang kebenaran agama Islam yang disampaikan oleh nabi Muhammad s.a.w.
*Peristiwa yang digambarkan sewaktu Isra’ dan Mikraj, khususnya mengenai bahayanya terhadap golongan Yahudi dan Kristian, benar-benar berlaku pada hari ini. Dimana mereka bukan sahaja memusuhi dan mahu umat Islam tunduk kepada mereka, sebaliknya mereka mahu menghapuskan sama sekali agama dan umat Islam.
Wallahua’alam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan