Ahad, 20 Disember 2009

Pakat-Pakat Muhasabah Diri




Pertama sekali saya ingin mengucapkan “Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1431″ yang akan bermula pada hari Jumaat 18 Disember 2009 ni.

Sebut pasal tahun baru, biasanya orang akan bercakap mengenai AZAM tahun baru. Jadi apakah azam anda tahun 1431H ini? Sudahkah anda menetapkan azam atau matlamat anda tahun ini?

Sesetengah daripada kita, apabila diitanyakan soalan, Apakah azam/matlamat ko tahun ni? Mereka akan menjawab, “Aku ingin menjadi lebih baik daripada tahun lepas!!!!“, “Aku nak jadi kaya!“.

Namun, apabila ditanya, apakah perancangan mereka dalam usaha untuk mencapai azam/matlamat yang dibuat, mereka diam membisu. Tidak dapat menjawabnya. Jadi, adakah azam/matlamat yang mereka nyatakan itu benar2 satu azam/matlamat atau hanya sekadar angan-angan Mat Jenin dan omongan kosong semata2?

Justeru, dalam post kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda beberapa tips panduan bagaimana kita dapat menetapkan azam/matlamat dengan cara yang lebih tepat.


Apakah perkara yang penting yang perlu anda catatkan dalam membuat matlamat??

* Menetapkan matlamat dengan jelas
* Merancang cara untuk mencapai matlamat yang ditetapkan
* Melaksanakan perancangan

  • #1 : Tetapkan azam/matlamat yang dapat memotivasikan anda Pastikan azam atau matlamat yang anda buat itu dapat memberikan motivasi dan semangat kepada anda. Bagaimana nak tau azam/matlamat kita tu ada motivasi atau tak? OK, cuba pejamkan mata anda dan bayangkan yang anda telah pun mencapai matlamat anda tu. Adakah anda berasa sangat teruja dan merasai keseronokannya? Adakah anda dapat merasai betapa gembira dan cemerlang nya anda mencapai matlamat itu? Kalau ya, bermakna matlamat/azam yang anda buat itu memang dapat memotivasikan anda.